Blogger Templates

Tuesday, February 24, 2009

Kasih Sayang Adik dan Kakak......

Ini adalah sebuah kisah sedih yang aku dapat dari member aku..tapi hampir sama ngan situasi aku di mana aku sanggup berkorban untuk adik adik aku...kerana apa...kerana mereka tetap adik aku sampai akhirat...kasih sayang kakak tak dapat dijual beli....renung-renungkanlaaah...


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”
“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. .
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. “
“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru
ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Tuesday, February 17, 2009

Berkelah di Kemensah

Pernah tak korang g berkelah kat hutan Kemensah kat belakang zoo? Wow...best siot...Aku dah beberapa kali g sana. Bukan lagi ke Ulu Yam seperti selalu ...hehehe. View tempat ni memang best, sunyi ....dengar desiran air terjun , sungai yg mengalir lak jernih, sejuk, dan lagi satu tak ramai org..(penting bagi aku sebab kalau ramai ...sungai tercemar lak ngan toksin dorang).
Tempat yg aku suka g tu atas sikit dari tempat Jinbara tu...Aku sampai terlupa dah nama tempat tu..tak silap aku Teratak Angah kot (xsilap aku la)....Sungai kat situ dalam sikit sebab owner dia wat tembok cam kolam , pastu ada lak gelungsur utk kanak2, tali tarzan kat pokok besar (terus terjun kat sungai tu), pastu pondok (rumah rehat) untuk keselesaan pengunjung, kemudahan lain seperti toilet dan surau pun ada kat sini. So senang sangat.
Cuma mungkin x bestnye di sini kawasan tu kita kena sewa tapak kalau nak kelah. Alasannye jabatan perhutanan selalu datang check tempat tu kalau ada aktiviti yg tak di ingini dan sementelah pulak dorang dah wat cantik2 pondok2 kat situ untuk pengunjung ..so duit hasil kutipan tapak n parking tu la untuk maintain service kat situ..mana lagi nak kutip sampah yg selalu sangat dibuang pengunjung, jaga kebersihan toiletnye la, kutip daun daun keringnye la dan macam macam lagi la. Kami selalu sewa pondok yang kedudukan nya kat tengah laluan sungai tu..cantik siot! Sambil makan sambil juntai kaki kat sungai . Wah bestnye!!!!!
Ok lah ...senang nanti aku sambung lagi citer bab kelah ni. Ada citer lucu bagi aku tapi tak tau la kalau bagi korang biasa je.
k salam. Adios.....

Demam campak....

Salam suma,
Bulan ni bulan demam campak kot aku rasa. sebabnya dari adik aku yg bongsu bawak penyakit ni terus hinggap kat anak aku yg no 3 (aku panggil princess nana) tp now nana dah sihat . now tup tup kena kat 2 org kakak dia n adik dia lak. Aduhhhh....susah gak nak jaga dorang ni lam masa serentak. tapi aku kesian lagi kat mak aku sebenarnye sebab dia sorang kena uruskan anak2 aku yg sakit ni. memandangkan aku n suami bekerja. hemmm ..nak wat canner dah....memang aku antar anak2 kat umah mak aku.
Campak tu terus-terusan merebak seluruh tubuh anak2 aku sampaikan ke tapak kaki pun ada. bibir pun ada. kesian dorang. nak makan pun susah . Yang sulung tu si kakak le teruk...masalah dia tu pulak time dapat penyakit manja mengalahkan yg bongsu. Merengek2 itu ini..sakit mummy.... itu je la yg disebut berulang2. kesian aku tgk. tapi ngidam nak makan bubur mcd . heheh...kerana anak ku turutkan jugak permintaan dorang..walhal mcd ni aku dah boikot sejak israel serang bumi palestin tu. Niat aku kerana anak aje. Yang si kecik tu (laki) pun dah mula tumbuh sikit sikit kat badan belakang. tapi dia kuat aku tengok. kuat melawan sakit. Dalam dok demam tu pun still nak bermain. Paham je lah...kalau dah main mesti badan berpeluh , biler peluh mulalah gatal seluruh badan. Dah gatal mintak digarukkannn....Alternatif aku ...cuma taruk bedak sejuk seluruh badan anak aku supaya hilang sikit rasa gatal. alhadulillah senyap gak dia n terus tido sampai keesokan pagi.
Minggu depan sekolah anak aku pulak ada ujian bulanan, canner nak wat ek... dah le takde tanda anak aku leh sembuh cepat ni. Tawakal pada Allah je la . Aku taknak paksa dorang ulangkaji pelajaran since dah dorang sakit nih. Kejam tuh.

Saturday, February 14, 2009

Kisah ku.....

Aku adalah wanita, isteri dan ibu . Hidup aku dikelilingi suami dan 4 cahaya mata yang comel2 belaka iaitu 3 puteri dan satu satunya putera bongsu. Intan Nursyahira (9 tahun), Intan Nursyafiqah (8 tahun), Intan Nursyazana (6 tahun) dan Muhammad Syahrezza (4 tahun). Itu lah nama anak2 ku.
kami tinggal di pinggiran kota .

Aku juga adalah wanita berkerjaya di mana tuntutan ku harus membahagikan tugas seorang pekerja, isteri dan ibu. Aku berkerja di salah sebuah kolej universiti bumiputera.

Hobi aku adalah membaca....dan membaca....dari kecil hinggalah usia ku sekarang 32 tahun sudah beribu naskhah buku yang aku dah baca. Malah dalam simpanan aku sendiri sekarang dah ada hampir 500 buah buku tidak kira tebal mahupun nipis.
Kerana hobiku yang gemar membaca ini lah maka suami aku menggalakkan aku menulis blog peribadi seperti ini. Berkongsi bersama bloggers yang lain. Selain daripada membaca aku juga suka menulis diary seharian, malah dari bangku sekolah lagi aku kerap menulis diary dan boleh dibuat novel lah....

hemmm..... baru kini aku rasa nak berkongsi sedikit kisah suka duka aku.
Malah aku rasa ia boleh dijadikan terapi sekali gus. Almaklumlah....segala jiwa raga kita sama ada perasaan marah, sedih, gembira, kesal dan dendam tersemat di dalam diary.



Friday, February 13, 2009

MIMPI YANG ASYIK.......

Salam perkenalan.........

adakah anda pernah bermimpi sebelum ini?
Atau adakah anda pernah bermimpi yg mengasyikkan ? .....menyeramkan?......melucukan?......atau......hehehhe mimpi yg boleh membuatkan anda stimmmm giler ????

well....aku nak berkongsi sedikit firasat mimpi mimpi anda dan barangkali mimpi tersebut menandakan alamat sesuatu ? mana kita tau kan....
Firasat mimpi datangnye dari sebuah kitab yg aku baca dan ingin berkongsi dengan anda semuaaa....



"Mimpi itu ada tiga: iaitu mimpi daripada Allah (mimpi yg baik), mimpi daripada syaitan (mimpi yang buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian bermimpi"

1. Mimpi yang benar....iaitu perkhabaran baik daripada Allah S.W.T

2. Mimpi yang datang daripada syaitan yang terkutuk. Ini ialah mimpi palsu dan mengelirukan kerana tidak selayaknya makhluk yang terkutuk memberikan nasihat atau peringatan kepada manusia.
Seseorang pernah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata " Ya Rasulullah! Dalam mimpiku aku melihat kepalaku tergolek di hadapanku, dan aku melihat diriku berlari mengejar dan mencarinya."
Rasulullah s.a.w menjawab , " Jangan bicara dengan penipuan syaitan!!"

3. Mimpi yang menggambarkan fikiran sendiri. Seseorang mungkin melihat dirinya berada bersama dengan orang yang dicintainya , atau jika dia takutkan sesuatu , dia mungkin melihat apa yang ditakutinya itu di dalam mimpinya, jika dia tidur di dalam keadaan lapar, dia mungkin bermimpi dirinya sedang makan atau muntah; jika dia sedang tidur di bawah sinaran matahari , mungkin dia bermimpi melihat dirinya berada di neraka.


okay lah cukup takat ni dulu sebelum aku sambung episod mimpi seterusnya.....
aku nak wat keje lain dulu k.
bye
adios