Blogger Templates

Thursday, March 12, 2009

Hobi baru....

Sekarang ni aku ada hobi baru yang maybe leh menjana pendapatan kot. heheh.

Aku suka jahit manik n labuci kat baju kurung. Tak le pandai sangat tapi bolehlaaa.

Malah hubby aku cadangkan supaya aku cari kelas belajar menjahit baju sekali n mahirkan diri untuk wat labuci ni. seronok gak.....
Kesnyer sebab aku hantar kain utk dijahit kat tailor ni (melayu - makcik la)...janji leh siap seminggu sebab biasanyer leh siapkan cepat. sebab bagi hubby aku berjanji tu wajib ditepati. kalau tak boleh siap lam seminggu tu cakap je la xsempat takpun call inform.
Tapi ni tak...sepatutnyer baju tu seperti dijanjikan siap jumaat, tapi dek kerana bz hubby tangguh dulu nak ambik baju tu. then next week jumaat (maknanyer lebih dari seminggu dah kami bagi masa) baru hubby g ambik.
Sampai je umah makcik tu...hubby aku marah betul2.
Mana taknyer baju tak siap lagi , malah x potong seinci pun lagi.
Last sekali baju kain tu hubby aku ambik n siap sound makcik tu cakap "makcik ...kalau makcik rasa takleh siap seminggu tu cakapla takpun call la isteri saya. ni tak makcik wat x kisah je."
Boleh pulak makcik tu cakap "Eh, belum seminggu pun lagi kan."
Hangin la laki aku....dah lebih 2 minggu dah pun. hehehe.
TAPI hubby terlupa nak ambik kain mak aku sekali. Dia ingat kain aku je. So aku cakap kat hubby takpe kita bagi can sebulan lagi, tgk siap tak kain mak aku tu.
Sebulan yg ditunggu tu tetiba makcik tu call tanya nak ambik kain biler. Aku cakap esok tghari aku datang ambik. Sebab dah bagi can sebulan ni aku cakap .
Keesokan hari tu aku datang umah dia nak ambik baju tengok2 dia tgh dok menjahit baju mak aku!!!!!!
TAK SIAP lagi!!!!!!!! Hangin la akuuu....makcik tu cakap "ala sikit je lagi ni ha.....nak jahit span bahu je ."
Senang betul dia cakap!!!SATU PERKATAAN MAAF pun dia tak sebut. Aku tunggu tengok dia jahit sampai siap. Lepas je dia bungkus baju mak aku tu...silap aku gak tak check jahitan dia...
Sampai je umah mak aku, bukak bungkusan baju tengok2 ...YA ALLAH YA RABBI.....rosak kain mak aku yg cantik tu dikerjakan makcik tu. Lain yg aku suruh lain pulak yg dia buat.
Aku suruh panjangkan tangan dia kuncupkan tangan. Drawing ngan kapur nampak ngan jelas kat belakaang baju.
BODOH ke apa ntah draw garisan di bahagian luar depan bukan nyer dibahagian dalam yg tersorok. Kain lak warna putih.
SAh sah nampak ngan jelas garisan tu.
MAk aku dah sedih n marah tgk kain mahal dibuat camtu. AKu lagi la sedih sebab aku yg promo makcik tu kat mak aku. sebelum ni kain baju aku dia yg jahit. Laki aku cakap acik tu dendam kat aku kot sebab aku ambik balik kain aritu.
Ini la budaya org melayu kita kalau berniaga.
TAK JUJUR!!! CAll dia balik , maki hamun yg aku dapat. SETAN betul makcik tu...aku tak halalkan duit yg aku bagi kat dia.
Aku hantar kain mak aku tu 2 pasang. tapi dia cuma siapkan sepasang je. Tak hangin ke aku, Jahit pun salah tak minta maaf lak tu , tak hangin ke aku!! garisan kapur tu tak tanggal walaupun di basuh, acik tu leh cakap susah apa basuh je itupun nak komplen ..tak hangin ke aku. MAK aku tu sebenarnyer tukang jahit pro, dia hantar kain kat tailor lain sebab tak sempat nak jahit baju sdr kes byk tempahan, reason lain nak try jahitan org l ain. tapi tu la....melayu kita....
Terus aku reject dia seumur hidup xnak hantar dah.
Pasal tu hubby aku suruh aku belajar jahit , jahit baju sendiri, dah mahir leh ambik tempahan takpun tolong mak aku ambik tempahan . heheheh
Ada sesapa nak kongsi ngan aku tempat belajar menjahit mana yg bagus n ok ???

Lamaaaaa x update

Wahhhh lama betul aku tak update blog aku. Bz yang teramat beb......bz ngan keje almaklumlah nak kena settle sistem alumni student aku lagi...nanti kena audit.
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 3 tahun baru ni ek. Kejap je aku rasa ... sepanjang Mac ni pulak ramai betullll yang nak bina masjid (kawin)....heheheh save budget barang dapur tapi lari budget sebab nak kena g kenduri tu...hehehe...
Bukan nyer aku ungkit pun tapi memang seronok sebenarnyer kalau g kenduri kawin org ni. Sepanjang minggu dari tarikh 1hb mac kami dah dijemput ke kenduri rakan2. So jadual aku bulan ni pack siot. Aku dah pack siap2 hadiah2 yg bakal aku bagi kepada pengantin. Sama jeeeee hadiahnyer. Senang sikit. Time beli dah siap kira berapa orang yang kawin bulan ni hehe termasuk ngan adik sepupu aku yang akan melangsungkan perkahwinan dia 15hb ni.
Bercerita bab kawin ....aku bangga sebab usia perkahwinan aku dah masuk 11 tahun. Alhamdulillah walaupun ada masa pasang surut hubungan kami tapi tetap bahagia. Sampaikan member aku yg baru saja melangsungkan perkahwinan minggu lepas 8 mac siap tanya apa resipi aku. Aku jawab ntah...hehehe. Mana ada resipi ...
Aku nak cerita sikit perihal member aku yang bau saja melangsungkan perkahwinan dia pada 8 mac kemarin... Member aku namanyer Jun (tapi lahir julai...pelik gak nape bapak dia namakan jun..heheh) usia 32 tahun . Bagi aku dia memang baik, agresif, matured, cantik (bagi aku istilah cantik tu merujuk kepada perilaku), cuma nyer dia ni cerewet ya rabiiikalau bab mencari suami.. tak tau la aku naper ... zaman remaja kami dulu si Jun ni agak memilih jugak org laki yg layak berdamping ngan dia. Aku org bandar ni pun takde la kemaruk sangat nak memilih sebab bagi aku laki yg terang terang berlagak cam org kaya tapi hampeh tu sah laki orang. Jun dah berapa kali kena tipu ngan laki hidung belang camtu.. konon bujang tapi laki org. Gamaknyer wajah jun yang matured n garang sikit tu memikat golongan vip cam dorang tu kot. ntah lah. Aku selalu gak bising kat dia jgn dilayan laki cam tu. takut dorang nak something dari kita.
Sepanjang aku kenal n berkawan ngan dia...selami dasar hati dia....akhirnyer peringkat pertama dia leh ikut cakap aku. Supaya jgn melayan sangat laki hidung belang tuuu. Peringkat kedua dia berkawan ngan laki bujang yang beza 2 tahun tua dari Jun. Sampai bertunang , namun takde jodoh biler mereka mengambil kata putus di tengah jalan lak. Jun lak kembali solo. Kerja n kerja je lah dia tu. Last last jodoh dia rupernye ngan seorang pemuda yang lebih muda 5 tahun daripada dia. Mula2 tu Jun tak cerita detail kat aku malah memang dia memperkenalkan kawan baru dia tu kat aku tapi dia kata seusia ngan dia. Tapi raut wajah nampak cam muda dari Jun cuma aku tak tertanya sebab pikir nanti kecik ati lak kawan aku ni. Dah dekat tarikh kenduri dia, baru Jun terus terang kat aku yang bakal suami dia tu muda 5 tahun dari dia. Aku diam n aku cakap aku restui sapa saja pilihan hati dia asalkan bakal suami dia tu jujur dalam hubungan they all. Jun ada juga mengadu kat aku yang dia takut gak pada mula nyer kalau 10 tahun akan datang laki dia baru 37 tahun tapi dia dah 43 tahun !!!!! Cam manerrr!!! Aku cakap ajal maut jodoh suma tu di atas kuasa tuhan. Kita sendiri yang kena mencorakkan rentak rumahtangga tu.
But anyway aku tabik spring kat suami Jun tu kerana leh bukak pintu hati keras si Jun tu supaya leh terima dia seadanyer. Last last ko kawin gak ye Jun... jodoh ko lak ngan laki muda lak tu hehehehe. Aku doakan moga ko kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Aminnnn..
Minggu ni pulak kenduri sepupu aku kat Perak. Kebetulan lak tarikh kenduri dia tu sama lak kenduri member seofis aku. Aduhhh ..canner ni ek ? Kalau ikutkan ati aku nak g dua dua sekali. tapi apa kan daya badan aku ni satu je. At last suami aku bagi cadangan supaya kami balik je kenduri kat kampung sebab kenduri tu umah abah(paklong aku-memang dari kecik aku panggil camtu) aku. Umah member, kami g advance hari iaitu hari sabtu (14hb). So adil kepada dua dua belah pihak.