Blogger Templates

Thursday, March 12, 2009

Lamaaaaa x update

Wahhhh lama betul aku tak update blog aku. Bz yang teramat beb......bz ngan keje almaklumlah nak kena settle sistem alumni student aku lagi...nanti kena audit.
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 3 tahun baru ni ek. Kejap je aku rasa ... sepanjang Mac ni pulak ramai betullll yang nak bina masjid (kawin)....heheheh save budget barang dapur tapi lari budget sebab nak kena g kenduri tu...hehehe...
Bukan nyer aku ungkit pun tapi memang seronok sebenarnyer kalau g kenduri kawin org ni. Sepanjang minggu dari tarikh 1hb mac kami dah dijemput ke kenduri rakan2. So jadual aku bulan ni pack siot. Aku dah pack siap2 hadiah2 yg bakal aku bagi kepada pengantin. Sama jeeeee hadiahnyer. Senang sikit. Time beli dah siap kira berapa orang yang kawin bulan ni hehe termasuk ngan adik sepupu aku yang akan melangsungkan perkahwinan dia 15hb ni.
Bercerita bab kawin ....aku bangga sebab usia perkahwinan aku dah masuk 11 tahun. Alhamdulillah walaupun ada masa pasang surut hubungan kami tapi tetap bahagia. Sampaikan member aku yg baru saja melangsungkan perkahwinan minggu lepas 8 mac siap tanya apa resipi aku. Aku jawab ntah...hehehe. Mana ada resipi ...
Aku nak cerita sikit perihal member aku yang bau saja melangsungkan perkahwinan dia pada 8 mac kemarin... Member aku namanyer Jun (tapi lahir julai...pelik gak nape bapak dia namakan jun..heheh) usia 32 tahun . Bagi aku dia memang baik, agresif, matured, cantik (bagi aku istilah cantik tu merujuk kepada perilaku), cuma nyer dia ni cerewet ya rabiiikalau bab mencari suami.. tak tau la aku naper ... zaman remaja kami dulu si Jun ni agak memilih jugak org laki yg layak berdamping ngan dia. Aku org bandar ni pun takde la kemaruk sangat nak memilih sebab bagi aku laki yg terang terang berlagak cam org kaya tapi hampeh tu sah laki orang. Jun dah berapa kali kena tipu ngan laki hidung belang camtu.. konon bujang tapi laki org. Gamaknyer wajah jun yang matured n garang sikit tu memikat golongan vip cam dorang tu kot. ntah lah. Aku selalu gak bising kat dia jgn dilayan laki cam tu. takut dorang nak something dari kita.
Sepanjang aku kenal n berkawan ngan dia...selami dasar hati dia....akhirnyer peringkat pertama dia leh ikut cakap aku. Supaya jgn melayan sangat laki hidung belang tuuu. Peringkat kedua dia berkawan ngan laki bujang yang beza 2 tahun tua dari Jun. Sampai bertunang , namun takde jodoh biler mereka mengambil kata putus di tengah jalan lak. Jun lak kembali solo. Kerja n kerja je lah dia tu. Last last jodoh dia rupernye ngan seorang pemuda yang lebih muda 5 tahun daripada dia. Mula2 tu Jun tak cerita detail kat aku malah memang dia memperkenalkan kawan baru dia tu kat aku tapi dia kata seusia ngan dia. Tapi raut wajah nampak cam muda dari Jun cuma aku tak tertanya sebab pikir nanti kecik ati lak kawan aku ni. Dah dekat tarikh kenduri dia, baru Jun terus terang kat aku yang bakal suami dia tu muda 5 tahun dari dia. Aku diam n aku cakap aku restui sapa saja pilihan hati dia asalkan bakal suami dia tu jujur dalam hubungan they all. Jun ada juga mengadu kat aku yang dia takut gak pada mula nyer kalau 10 tahun akan datang laki dia baru 37 tahun tapi dia dah 43 tahun !!!!! Cam manerrr!!! Aku cakap ajal maut jodoh suma tu di atas kuasa tuhan. Kita sendiri yang kena mencorakkan rentak rumahtangga tu.
But anyway aku tabik spring kat suami Jun tu kerana leh bukak pintu hati keras si Jun tu supaya leh terima dia seadanyer. Last last ko kawin gak ye Jun... jodoh ko lak ngan laki muda lak tu hehehehe. Aku doakan moga ko kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Aminnnn..
Minggu ni pulak kenduri sepupu aku kat Perak. Kebetulan lak tarikh kenduri dia tu sama lak kenduri member seofis aku. Aduhhh ..canner ni ek ? Kalau ikutkan ati aku nak g dua dua sekali. tapi apa kan daya badan aku ni satu je. At last suami aku bagi cadangan supaya kami balik je kenduri kat kampung sebab kenduri tu umah abah(paklong aku-memang dari kecik aku panggil camtu) aku. Umah member, kami g advance hari iaitu hari sabtu (14hb). So adil kepada dua dua belah pihak.

0 comments: