Blogger Templates

Sunday, April 12, 2009

BOOK FAIR...17 APRIL

BOOK FAIR datang lagi ......

Seronoknyerrrrrr......x sabar-sabar aku nak kunjung PWTC buat kali yang ke berapa aku tak ingat. Tapi setiap kali ada book fair pasti aku tak ketinggalan untuk berkunjung ke sana.
Kerana apa....yer kerana buku. AKu pencinta BUKU. AKu boleh dok sana berjam jam belek buku, baca buku, beli buku. Orang kata Book maniac yer...ntah le aku pun tak pasti apa gelaran yang dorang selalu gelarkan kat aku. AKu gilerkan semua bahan bacaan. Tak kisahla sama ada buku misteri , fiksyen, fesyen, cinta, ekspidisi ke apa ke suma aku baca. TAk kisah la novel melayu ataupun novel english aku baca. TAk kisahla bentuk apa sama ada majalah ke hardcover ke suma kau baca. Yang penting BACA.
Koleksi novel saja aku ada lebih kurang 300 koleksi, sejak aku kecil dari sek rendah lagi aku suka baca buku cerita. TApi peliknyer aku tak suka baca buku teks. heheheh. Sebab teks adalah FAKTA bukan imaginasi. Itu yang aku tak suka. PENCINTA BUKU seperti aku suka membayangkan situasi penulis buku. Malah ada ketika aku membayangkan watak dalam novel tu adalah aku. heheheh. Aku kira bernasib baik kot sebab sejak kecil papa ku selalu saja beli bahan bacaan untuk aku. Dari novel siri penyiasatan Enid Blyton, Nancy Drew, Hardy Boys semuanyer menjadi koleksi aku sekarang. Tapi aku rasa carila buku ni di mana2 pasti susah untuk dapatkan nyer sekarang. Even Majalah kanak2 BAMBINO dulu setiap bulan pasti bahan bacaan tu jadi santapan aku selain dari KUNTUM, Dewan Pelajar dan Dewan Siswa. Malah bukan untuk aku seorang saja , Mama aku juga akan dapat habuan bahan bacaan seperti majalah JELITA n KELUARGA. Setiap bulan ada saja bahan bacaan yang dibeli untuk kami. Disebabkan suka membaca la aku pernah dapat anugerah pelajar yang banyak membaca buku cerita di sekolah. Hadiah yang aku dapat pun sebuah buku cerita . Tamat belajar aku simpan sendiri koleksi buku yang aku beli sendiri, bermula dengan koleksi CREATIVE ENTERPRISE yang aku suka beli kat The Mall dulu. La ni takde dah kedai tu. Kalau tak aku ni la regular customer dorang tiap-tiap minggu datang beli. Bukan 1 tapi 10 buah novel.
Tapi itula ...aku yang letih membeli ada pulak hamba allah ni yg reti meminjam tapi tak reti nak pulangkan buku aku. Banyak gak koleksi aku yang hilang. Hilang kat tangan org yang meminjam tu la. Bukannyer orang lain tapi MAkcik aku sendiri. Ntah apa pelik benor manusia ni ek....beli je la buku kalau dah tau suka baca. Ni tak tau nak ambik harta org je. Sampai satu ketika aku tak bagi dah org meminjam buku aku. Siap aku labelkan buku2 aku tu. CAm kat library. Aku sendiri yang wat sistem tu so senang sapa nak pinjam ada due date kena pulangkan. So sendiri mau ingat arrr...
Sejak lepas kawin suami aku dah tau hobi n cinta aku iaitu BUKU. So setiap kali ada book fair pasti saja dia akan bawak kami anak beranak g sana untuk beli buku. Mustahil siapa yang pegi book fair tak beli buku even untuk sebuah. Ataupun takat beli majalah lama UJANG pasti akan ada org yg membeli. Sekarang aku tengah nak mengumpul koleksi enid blyton versi english lak. AKu terpaksa cari kat kedai2 buku 2nd hand. Susah sikit nak cari tapi ada la gak. Sekarang ni GILER membaca buku cerita ni tumpah pulak kat anak aku no. 3 (NANA). Dia suka buku. TAk kira la buku apa pun nana tetap akan paksa aku beli kan untuk dia. Koleksi pertama yang dia ada koleksi princess barbie. Barangkali buku tersebut penuh dengan warna warni. Disebabkan hobi NANA dengan buku maka kakak2 and adik laki dia mula berjinak dengan buku jugak. Sekarang ni koleksi buku kanak2 yang mereka ada (Mummy dorang gak yg giler membeli) dah capai 100 buah. Rekod tu bagi kanak seusia dorang . Mungkin ada org lain yg dah lebih dari 100 buah tapi bagi aku bukannyer kuantiti buku tu tapi bagi aku cukup takat anak aku dah mula cintakan buku dah cukup alhamdulillah.
So ....untuk book fair yang akan datang ni aku dah spend rm300 untuk buku2 yang aku nak beli.
Aku rasa nak tambah koleksi ramlee awang murshid lak , damya hana, fauziah ashaari dan aliya sofea. Insyaallah.....

0 comments: