Blogger Templates

Friday, August 14, 2009

Al-Fatihah.......(2)

Assalamualaikum....

Sebenarnya aku nak post kan yang ni dulu tapi memandangkan berita yang paling sedih tentang pemergian arwah ustaz asri maka aku dulu kan berita yang tu.


Al fatihah...buat student aku kat kolej ni yang telah kembali ke rahmatullah pada 6hb Ogos 2008. Sebenarnya tarikh kematian aku tak pasti sebab kematian yang tragis.

Kalau korang ada baca KOSMO pasti terbaca kisah Pelajar Kolej Hilang semasa latihan BTN (Biro Tata Negara). Kisah nyer begini......

Hari khamis 30hb julai (kalau tak silap aku la) ...budak2 ni grup budak nursing ada kem latihan BTN kat Manong, Kuala Kangsar. Sebetulnya budak2 tu bukan ikut anjuran kampus aku. Tapi kampus cawangan Bangi jadinyer aku tak tau menahu la apa apa aktiviti yang dorang buat.

Hari Isnin 3hb Ogos time aku buat keje, datang budak2 nursing lain g tau salah sorang kawan dorang hilang semasa kem latihan tu . Terkejut beruk kami. Dorang citer la kat kami , pada hari kejadian tu mangsa (Maaf..aku tak leh sebut nama arwah...menjaga perasaan pihak keluarga si mangsa) bersama rakan2 lain sedang jalani satu slot latihan yang memerlukan peserta dilepaskan secara solo selama selang 2 minit di dalam hutan di kem tersebut. Ibarat slot burung hantu laaa time aku sekolah dulu. Tapi yang aku sedihnyer time aku sekolah dulu kalau slot masuk hutan tu renjer akan ikat tali kat perut kami sorang2 ..dah tentu tali tu panjang...lbile dah lepas sorang ke hutan dan agak2 dah seminit dua tu tali yg panjang tadi diikatkan pulak ke pingang peserta berikut. camtu la seterusnyer sampaila semua peserta selamat kuar dari hutan tuju ke check point akhir.

Berbalik kepada story student aku tadi ni ha...dorang dilepaskan sorang sorang ke dalam hutan jam 2.30 pagi (menurut kata student yg citer kat aku la).... Si mangsa adalah peserta kedua dilepaskan. Memandangkan suasana gelap gelita tu kat dalam hutan pulak tu aku rasa....budak tu tersesat jalan... besar kemungkinan ...tak pasti ye...besar kemungkinan budak tu dalam keadaan takut yg amat sangat sampai hilang dari check point awal. Ataupun mulut terlepas cakap apa2 ke. Mana le tau kan....

So...nak dijadikan cerita dari jam 2.30 pagi tadi tu sampai le bawak ke pukul 8 pagi....tak namapk batang hidung mangsa... mula2 tu dorang ingatkan si mangsa ni dah kuar le ...tapi dah sampai jam 12 tghari tak kuar2 gak mangsa tu semua student aku dah panik. Bermacam2 andaian.... So gerakan mencari dijalankan...termasuk ngan org kampung situ, renjer hutan tu, polis dan beberapa anggota rela. Tapi sah ...tak jumpa gak...

Last student aku yg lain decide terpaksa balik gak ke kampus ikut jadual...sehinggalah gerakan mencari tu dibuat lagi besar besaran. Ustaz dari kampus aku pun dipanggil ikut serta gerakan mencari.... Tapi yg aku tak sedap hati dengar tu....tak tau le aku nak caya atau tak...pada hari kedua atau ketiga mangsa hilang tu pasukan yg mencari mangsa tu dah jumpa mangsa....tapi dalam keadaan terpinga2... pastu elok je nak bawak kuar dari hutan tu tetiba hilang dari pandangan mata.... Aku tak nak komen bab tu...sebab mulut org ni kekadang tu tak leh nak caya ....
Hari jumaat 7 ogos tu pepagi kami dah terima berita yang mangsa dah dijumpai 8km dari tempat kejadian. itupun nelayan yg jumpa mangsa terdampar/terlungkup (muka tersembam) kat anak sungai yg cetekkkkkk sangat. paras buku lali. Dorang jumpa MAYAT......kemungkinan mangsa tergelincir ketika mengikut alur sungai tu...tergelincir dan terhantuk kat batu anak sungai tu dan pengsan....Memang tragis...pagi jumaat tu Bos kami , a few staff dari kampus kami , rakan2 mangsa semua g lawat kuarga mangsa. aku sedekahkan al-fatihah kepada kuarga mangsa...Amin..

Baca kosmo bertarikh 4/8/2009.....

0 comments: