Blogger Templates

Thursday, August 27, 2009

TAKZIAH - BUAT KELUARGA PROF DATUK DR ISMAIL BIN SALLEH

28 Ogos 2009.......

ASSALAMUALAIKUM...

Berita sedih lagi bulan nie. Sempena bulan ramadhan yg mulia dan diberkati Allah , aku berasa amat kerdil jika dibandingkan dengan insan insan yang amat mulia, yang amat disayangi Allah.

Kehilangan besar , seorang pakar ekonomi yang juga merangkap Big Bos kami di kolej. Prof Datuk Dr Ismail Bin Salleh. Kehilangan beliau amatlah dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Suasana persekitaran kolej menjadi sunyi dan bersedih akan kehilangan beliau.

Beliau meninggal sewaktu di dalam flight dari China ke Singapura. Berada bersama beliau adalah isterinya, Datin Hasnah. Di saat2 akhir beliau , masih lagi aktif bekerja untuk kepentingan Kolej juga.

Apatah lagi aku menerima berita agak lewat ...itupun setelah aku sampai di kolej dan rakan sekerja ku memaklumkan tentang keadaan beliau. Untuk pengesahan rakan ku juga menelefon PA Secretary kepada Prof untuk bertanyakan kesahihan berita gempar ini.

Al fatihah aku sedekahkan kepada beliau. Kami (Staff kolej) bergegas ke rumah arwah Prof di Kajang. Malangnyer arwah masih lagi di hospital di Singapura.
Aku dan rakan2 ingin mengucapkan salam takziah kami kepada keluarga arwah.

Prof Datuk sangat disegani di kolej kami. Memandangkan beliau adalah Vice Canselor Kolej kami (Twintech), Beliau juga menjadi ikon kepada OKU OKU di seluruh Malaysia. Malah amat menghargai warga OKU dan memberi ruang kepada mereka utk bekerja dengan beliau.

Kehadiran ramai warga OKU buta di rumah beliau amat jelas ketara bahawa kehilangan beliau amat dirasai oleh mereka (warga oku yang lain). Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh beliau. Amin...

Wasalam...

0 comments: