Blogger Templates

Thursday, October 22, 2009

Entry berterabur......

Salam semua...

dimaklumkan kepada semua sahabatku ..hehehhe...entry aku lepas ni maybe akan agak berterabur sikit sebab kisah2 yg lepas aku baru nak masukkan kat lam blog ni.

Maybe aku nak kongsi zaman aku kecik2 dulu....
termasuk le gambar2 aku time sekolah dulu...mesti mencuit hati...
kot kot la kan kawan2 zaman sezaman aku dulu leh contact aku balik. hehehe murni sungguh point aku kan kan kan.....

Kerana Click.......




Salam...
Sorry post entry ni panjang sangat tapi bermakna...renung-renungkanlaaa k.

KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMATOleh: Ismail Abu Bakar

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.

Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.
Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut.

Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.

Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email.

Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi,maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah
kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?
Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara
yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.

Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.

Wallahhu’alam

Rumah Nenek Jadi lokasi drama tempatan

Malam tadi mak mertua aku call inform kami yg umah atuk hubby aku dijadikan lokasi penggambaran sebuah telefilem "basikal cucu atuk"....
Lokasi telefilem tu kat Tg Karang.

pelakon yg berlakon lam telefilem tu katanyer...Abu Bakar Juah, Shiela Mambo dll...
( dll tu aku x pasti siapa lagi sebab mak tak sebut sapa2 dah...)

pasti anak aku yg kecik tu Reza siap main sama2 lagi ngan pelakon kanak2 tu apa ke nama ntah...aku suruh mak ambik gambar..tapi mak kata tak reti nak snap picture.
huuhhuhu takde rezeki aku nak tgk pelakon tu..takper ada rezeki nanti aku ambik picture dorang k.

Wednesday, October 21, 2009

Tragis...

Berita yang ku dengar n baca kelmarin bagai merentap naluri seorang ibu.

Terkejut tatkala membaca kisah tragis seorang budak kecil yg baru berumur lingkungan 3 tahun didera, dirogol, diliwat.

Kejamnyaaa..takde otak betul si jantan tu. Oh ...lupa orang gagak hitam tu kan bangsa asing yg konon menetap menyewa di sebelah bilik si ibu mangsa. Tapi bukankah.....hemmmm pelik kan statement seorang ibu mengatakan anak didera pembantu rumah sedangkan dihenyak pakwe sendiri. Cam takde jantan lain di dunia ni.

Sebut pasal bangsa asing ni...aku sendiri dah muak n jelak ngan bangsa gagak hitam ni. mau tidak....sekarang ni makin ramai dah kat area damansara damai. Dorang ada port baik punyer... malam2 lepak kat CC. Balik dari CC mabuk minum arak pastu buat bising. Kebetulan rumah aku memang lot tepi n berhadapan jalan raya...so memang jelas kedengaran suara dorang kalau buat bising.

Bukanlah aku ni nak tunjuk kononnya bangsa kita ni baik tapi memang baik pun kan..hehehe...cuma as foreigner patutnya kena tau jaga adab bila berada di negara orang. Patut la kat New York tu bangsa gagak hitam ni main sembrono je perangai dorang. Kurang ajar.

Pihak berkuasa ni pejam mata je ke..... Nanti aku nak rakam gambar dorang senyap2..hehehe
Yang peliknyer apa la keje dorang ni...nak kata student tak pun sebab dorang siap pakai kete honda civic baru plat CCH.... Plat pahang dah sampai CCH ke???? ntah la ..kureng periksa lak aku...
Tiap pagi ke malam dok lepak je kat depan CC, takpun depan apartment aku, takpun ikut koloni dorang.
Sebab kalau student dah tentu pagi2 aku g keje kat kolej pasti akan bertembung dorang nak kuar kan. Ini takde... nak kata keje pun tak jugak sebab time aku cuti ke mc ke pasti aku terserempak ngan group dorang melepak sambil hu ha hu ha kat depan CC. Pelik...Pelik...

papadomm...

ish..tetiba tringin lak nak tgk wayang citer papadom.
cam best je citer sedih tu ...

tapi leh ke aku tgk movie tu...maunyer hubby aku tak bagii ..canner....huhuu
ooo luper ...aku ada tiket wayang free 2. Student aku bagi kat aku aritu. tayangan bebas. Nak tengok citer apa pun boleh. So i decide nak tgk papadom laaa....
bawak anak2 skali.

apa apa pun all the best to afdlin shauki..

jeng ...jengg..jeng....

horayyyy...sayonara.....akhirnye berjaya jugak aku belajar nak meng upload gambar kat lam blog aku ni.. thanx to shida.... iou...hehehe thanx a lot. sebab ajar akak cara2 nak letak gambar.

ni gambar anak2 aku time raya kat grik - umah arwah tok aku. la ni mak ngah aku yg dok. Ada story di sebalik gambar tu hehehe...nanti aku citer k.


tu kat belakang umah...mak ngah aku buat garden orkid kat citu.


kat kolam buatan ...tu pak ngah aku yang bina tau...dia yg buat kolam binaan tu



3 anak dara aku yang bersantai je posing tuuu...hehhe


ni la 4 orang buah hati pengarang jantung aku ...




Monday, October 12, 2009

PESANAN BUAT SEMUA WANITA ......


ASSALAMUALAIKUM....

AKU SEBENARNYA BUKANLAH ALIM ULAMAK YG TAKSUB UTK BERBICARA HAL AGAMA TAPI SEBAGAI UMAT ISLAM, AKU MALAH KAMU SEMUA BERHAK MENEGUR UMAT ISLAM YG LAIN ANDAINYER TERLIHAT BENDA2 YG SALAH DI SISI AGAMA. TANGGUNGJAWAB KITA SEBENARNYER.

AKU CUMA NAK TEGUR PARA WANITA DI LUAR SANA..... PEMAKAIAN TUDUNG BUKANLAH SATU FESYEN YG KITA BOLEH BANGGA BANGGAKAN. ATAU UTK DIBUAT ALAS DI KEPALA TAPI DI BAWAH TERBUKA!!!!

TUDUNG ITU ADALAH WAJIB BAGI WANITA ISLAM. AURAT KITA WAJIB KITA PELIHARA. ITU ADALAH HUKUM ISLAM. WANITA MULIA DI SISI ALLAH TAKKANLAH KITA NAK MEMALUKAN DIRI KITA KEPADA ALLAH SWT.

AKU BEBEL MACAM NI SEBAB RASA TERPANGGIL UTK MENEGUR SEORANG WANITA YANG JUGA SEORANG ISTERI, JUGA SEORANG IBU KEPADA BEBERAPA ORG ANAK, MALAH WANITA TERSEBUT ADALAH IBU KEPADA RAKAN ANAK AKU. TEGURAN AKU BERSIFAT LAPIK, TIDAK BERSIKAP KURANG AJAR, TAPI SIFAT DAN SIKAP ORANG MELAYU KITA NI YG MAJORITI ISLAM NI TIDAK MEMAHAMI TEGUR SECARA MEMBINA DAN TEGUR SECARA SINIKAL.

SI IBU INI PADA DASARNYA AKU LIHAT SEORANG YG SEMPURNA, BERKETRAMPILAN, BERGAYA, MODEN, MALAH BERTUDUNG!!!! TAPI SAYANG SEKALI..... ELOK LA KALAU TIDAK BERTUDUNG SEKIRANYA TIDAK MENGHORMATI WAJIB BERTUDUNG ITU DARI DITELANJANGKAN BADAN KITA TAPI KEPALA TUTUP. PELIK KAN???
TAPI SLACKNYER PADA PANDANGAN AKU IALAH ETIKA BERPAKAIAN DENGAN ERTI KATA LAIN BERTUDUNG. IBARAT KALAU LONDEHKAN TUDUNG LEBIH SEMPURNA CARA PEMAKAIANNYE ITU. CUMA AKU TERASA SEGAN BILA SUAMI AKU MENYARAN AAGAR AKU MENEGUR CARA SOPAN KEPADA WANITA IBU ITU. DIA MENGENAKAN BLAUS YG CUKUP JARANG BERWARNA PUTIH. BLOUSE ITU SELALUNYER DIKENAKAN SEKALI DENGAN CAMISOLE IAITU BAJU DALAM TALI HALUS TU. JUGA BERWARNA PUTIH. KENAPA AKU BOLEH TAHU COLOR BAJU TALI HALUS TU ...SEBAB BLOUSE JARANG DIA TU BERWARNA PUTIHHH. MEMANG JARANG....FESYEN SEKARANG NI LE.

BLOUSE JARANG , DALAM ADA BAJU CAMISOLE TALI HALUS TU (KALAU TAK SILAP NAMA DIA TU LA...AKU BUKANNYER ARIF BAB BAJU2 PELIK CAMTU), PASTU YG PALING THRILLL BRA COLOR HITAM. TRANG TANG TANG LAGI NAMPAK BENTUK , COLOR NGAN CORAK.

SO SIAPA YG MALU SEBENARNYA... DAH TENTU LA AKU SEBAGAI WANITA ISLAM TERASA TEBAL MUKA AKU NI. MALU AKU MAKIN BERTAMBAH APABILA WANITA IBU ITU MENGENAKAN TUDUNG SEGITIGA TU DIPIN DIDEPAN LALU BUCU ITU DIIKAT KE BELAKANG.

PENDAPAT AKU ELOKLAH KALAU WANITA IBU ITU TIDAK MENGENAKAN TUDUNG SEKIRANYER DIA TERINGIN SEKALI BERPAKAIAN BEGITU. BUAT APA DIMALUKAN ISLAM KALAU DIRI SENDIRI TAK SEDAR BERPAKAIAN YG MEMANG HEMMMM.....AKU TAKNAK HUKUM SEBAB ITU JANJI TUHAN KEPADA UMATNYER YG MENDERHAKA,

AKU MALU, SUAMI KU BERTAMBAH MALU...APATAH LAGI DI HADAPAN GURU GURU LAIN JUGA. AKU DENGAN BERTANGGUNGJAWAB MENEGUR SECARA BAIK, "ASSALAMUALAIKUM KAK, CANTIK BAJU AKAK ARI NI...AKAK TAK PERASAN KE KAT BELAKANG BAJU NI TERDEDAH SANGAT LA KAK. BUDAK2 NI PUN DOK TEGUR ...." DALAM NADA SENYUM DAN BERGURAU DENGAN KAKAK ITU. JAWAPAN SKEPTIKALNYER......"LA....BIARLAH BAJU AKU BADAN AKU. SENGAJA AKU PAKAI SEKSI CAMNI."
SEDANGKAN UNDANG2 SEKOLAH JUGA DAH TERMAKTUB BAHAWA PARA IBU YANG HENDAK MENGHANTAR ATAU MENGAMBIL ANAK DI PERKARANGAN SEKOLAH DIWAJIBKAN BERPAKAIN SOPAN DAN TIDAK MENJOLOK MATA.

AKU BOLEH MAAF KAN LAGI SEKIRANYA IBU ITU BANGSA CINA ATAU INDIA YG MEMANG BUDAYA MEREKA BERPAKAIAN MACAM TU. TAPI INI IBU MELAYU ISLAM. AKU TAK FAHAMMMMM LAA....

AKU HARAP WANITA DI LUAR SANA BERPAKAIAN SEKSI ITU TIDAK SALAH MALAH HARUS BOLEH JADI WAJIB HEHEHHE TAPI KENA INGAT ......HANYA UTK SUAMI YANG HALAL SAJA , MALAH DI DALAM BILIK TIDUR SAHAJA. BUKAN TAYANGAN UMUM!!!! ATAU FREE SHOW!!!!

RENUNG RENUNGKAN...INGATLAH WAHAI MANUSIA....TUHAN AKAN JATUHKAN HUKUM SECARA CASH JIKA DIA BERKEHENDAKKAN....

JADIKAN PERISTIWA DI PADANG SEBAGAI IKTIBAR KEPADA KITA...
WASALAM

Tuesday, October 6, 2009

tempahan jahit manik

Wahhhhh...posa sudah raya pun sudah...tinggal nak hadir jamuan terbuka je akhir akhir ni....seronoknyerrrr..

sebut pasal jamuan terbuka...aku dengan rasa rendah diri nak bagitau semua rakan2 dan anda sekalian yang aku dah bersedia utk ambil tempahan jahit manik n labuci.
So sesiapa yg teringin nak baju lip lap lip lap berkelipan bak mutiara tu leh la email kat aku ixorasue@yahoo.com.......

Tempahan setiap hujung lengan baju aku ambik lam RM20 - RM30 depend pada corak.
Nanti aku update corak2 yg aku dah buat k....cumanyer aku ni tak berapa pandai nak tepek gambar kat sini . tu yang blog aku ni kosong takde gambar.
Anyway fo those yang nak hantar tempahan atau bertanya serba lanjut leh la email kat aku ye. bye....

PENATTTTT.......

Ya Allah penatnyer aku untuk melangkah sehingga 11 tahun begini. Terasa penat yang teramat. Penat, letih, lelah, .....rasa seperti tak sanggup lagi dah nak tanggung semuanyer.....
PENAT........