Thursday, March 18, 2010
ALICE IN THE WONDERLAND.......
Posted by ixorasue at 8:33 PM 0 comments
Tuesday, March 16, 2010
RESULT....
Posted by ixorasue at 6:18 PM 0 comments
Thursday, March 11, 2010
RESULT YG MENGEJUTKAN.....MENGUJAKAN...
Posted by ixorasue at 4:35 PM 0 comments
Wednesday, March 10, 2010
Soal Jawab Histeria.....
S: Bagaimana histeria berlaku dan mengapa?
J: Histeria boleh berlaku atas dua faktor iaitu disebabkan tekanan dan gangguan. Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.
S: Kebelakangan ini banyak kes histeria berlaku di sekolah, apa puncanya?
S: Bagaimana jin memasuki tubuh manusia dan ke mana tujunya?
Bezanya, histeria akan pulih jika jin dapat dikeluarkan dari tubuh badan. Tidak seperti penyakit gila yang mungkin berlanjutan jika kerosakan sel otak yang dialami pesakit tidak dapat dirawat. Namun jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin ‘dirosakkan’ makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.
S: Apakah tanda seseorang itu diserang histeria?
J: Tangan menggeletar dan sejuk. Dia juga seperti dalam fantasi, mungkin terdengar bunyi air, desiran angin atau loceng yang sayup kedengaran.Ia boleh dirasai. Selepas jin ada pada tubuh, mangsanya melihat dunia ini gelap, kepalanya bergoyang dan tubuh menggeletar.
S: Mengapa wanita sering jadi sasaran atau mangsa histeria?
J: Wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki. Apatah lagi dalam keadaan tertentu, wanita memang lemah seperti ketika haid, mengandung atau berpantang. Begitupun lelaki juga tidak terkecuali, ada yang kena jika tidak kuat semangat.
S: Adakah wajar kita membuat perjanjian dengan jin untuk menghindarkan gangguan histeria ini sehingga perlu mematuhi syarat tertentu?
S: Benarkah makhluk halus ini boleh dipindahkan beramai-ramai menggunakan kenderaan?
J: Jin boleh diibaratkan pergerakannya sama seperti cahaya, pantas dan laju. Jika kita menggunakan kenderaan untuk memindahkan mereka ke tempat lain yang mengambil masa beberapa jam perjalanan, selepas tiba, mereka kembali semula ke tempat asal hanya dalam beberapa minit atau saat saja, jadi bagaimana? Bagi saya, ini tidak logik dan menyukarkan.
S: Bagaimana pula kes mereka yang diserang histeria dan selepas dirawat, diserang kembali?
J: Apabila seseorang itu diserang histeria, ‘laluannya’ sudah ada. Sebagai contoh, apabila masuk ke hutan, kita membuat lorong dan jika hendak masuk kali kedua, kita guna lorong sama. Begitu juga dengan jin, namun lorong itu perlu ditutup dengan cara memperbanyakkan amalan.
S: Apakah jenis-jenis jin?
Posted by ixorasue at 12:33 AM 0 comments
TIP ELAK HISTERIA.......
TIPS BERGUNA NI AKU KONGSIKAN BERSAMA ANDA SEMUA... (PETIKAN DARI WEB TENTANG HISTERIA OLEH USTAZ HARON DIN)
Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.
Demikian saranan Dato' Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria.
Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.
"Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
"Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula.
"Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu.
'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain
Ini menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.
"Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.
Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."
Apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.
Jangan tinggal solat
"Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya,"
Sehubungan itu, dinasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.
Mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Seperti manusia, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong.
"Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis,
Posted by ixorasue at 12:16 AM 0 comments
Monday, March 8, 2010
Histeria .......2
Posted by ixorasue at 6:12 PM 0 comments
HISTERIA....APA PUNCANYER....
Posted by ixorasue at 5:16 PM 0 comments
Thursday, March 4, 2010
Sambutan Maulidur Rasul..... SKTBM
Hari ni (5hb Mac 2010)...akan ada sambutan maulidur rasul peringkat sekolah di SKTBM. Semua murid Islam terlibat dalam perarakan sambutan tersebut. Mereka akan berarak mengelilingi padang di hadapan sekolah. Sambutannyer meriah gak. Rugi aku tak ikut serta utk ambik gambar. Sebab anak2 aku semua terlibat lam acara tu.
Comel je aku tengok anak2 aku berbaju kurung bertudung simpul...hehehehh.....
Posted by ixorasue at 10:46 PM 0 comments
Tuesday, March 2, 2010
EXAM.....DAY 3...
Hari ni hari ke-3 anak aku exam.
My little princess yg tahun satu tu pun ada exam LINUS.
Tanya dia ....leh jawab tak?....
Dia jawab ......boleh tu boleh , Maths senang je mummy, tapi BM susah la mummy. Nana tak tau nak macam mana nak eja nyanyi dan syiling?....
Gulpppp.........(tak tau nak eja???? walhalnyer dia selalu baca buku yg ada ejaan 2 perkataan tu....) hemmmm...aku pujuk takperla....mungkin nana careless mistake sikit je tu..lepas ni kena ingat betul2. Al maklumla...princess tu sekolah tadika English dulu so agaknyer dah lupa le macam mana nak eja 2 perkataaan tu?
Anyway tanya kat kakak n kak ngah pulak ...jawapan yg diterima senang je mummy, tapi jawapan betul ke tak tu tak pasti lagi... huhuhuuh tension betul aku dengar...... senang betul dorang menjawab...hehehheheh
Posted by ixorasue at 10:43 PM 0 comments
Monday, March 1, 2010
March 2010.......
02/03/2010,
Hari ni hari kedua anak2 aku exam. Yang teruknyer aku as mummy dorang yg takut risau nak hadapi exam. Anak2 aku lak , relax semacam je aku tgk. Boleh jawab ke tidak ntah dorang ni? Ya Allah Ya Tuhanku...Kau permudahkan anak2 aku untuk menjawab soalan exam. semoga apa yg mereka belajar tersemat kat dalam hati..." Ya amin.
Posted by ixorasue at 6:13 PM 0 comments