Blogger Templates

Thursday, March 18, 2010

ALICE IN THE WONDERLAND.......



Salam semua......



Korang dah tengok citer ni ke lom?

Kesian anak2 aku..huhuhu

they all sepatutnyer tgk wayang last week ngan adik aku.

Tapi ada prob lak ngan projector kat Wayang di Mid, terus xjadi.
By the way since they all dah tunaikan janji
dengan mendapat keputusan yang agak bagus tu...
Aku tak keberatan nak belanja they all tgk wayang citer tu ...
Tapi hehehehe.....takde masa le pulak mummy dorang ni.
Always bz ngan keje n biz. InsyaAllah ... Sabtu nanti kita tgk wayang k Sayang.

Coz Saturday ni (20 March) besday Rezza (the only son).
So we all ingat nak celebrate la besday my boy kat JJ.
Buy something that he wants, makan2 then baru
tgk wayang...citer.....





Tuesday, March 16, 2010

RESULT....


SALAM SEMUA...

Aku baru je dapat result BM anak aku yg no. 2.....
100% score for her BM results. Aku sendiri cam terkejut dengan markah anak aku tu... Bukan tak pernah langsung dapat A, tapi last exam tahun lepas dia cuma dapat 85% je for her BM. Tahun ni dia dapat 100%. Apa yang aku leh cakap kan lagi...Alhamdulillah laaaa heehheh. Angah dapat habuan dah daripada Opah dia.




Thursday, March 11, 2010

RESULT YG MENGEJUTKAN.....MENGUJAKAN...

Salam semua....
hemmmm...minggu ni minggu terakhir budak2 sekolah...start esok (sabtu) dorang dah bercuti - cuti sekolah semester pertama....walaupun cuti tu cuma seminggu, tapi anak2 aku ni dah siap wat plan dorang sendiri. huhuhu nasib korang la anak2 ku... buat jangan tak buat jadual rencana agenda percutian korang... yang nyata....korang anak beranak je termasuk ngan ayah yang bercuti..tapi mummy ni hahahahahah tetap bekerja!!!!! So nasib u allz k.
And ....sebut pasal exam lak...dorang baru je lepas habis exam... n result yg aku dapat dari dorang tu alhamdulillah syukur. Yang Angah dah dapat 2A (1A for English, 1A for Science)....result MP lain x dapat lagi....

Nana (no. 3 tu ) insyaAllah so far tak kecewakan aku..sebabnyer kalau dia yakin tak dapat jawab soalan, dia ngan konfident g tau aku "Mummy , Nana tau Nana dah salah 1 lam soalan BM" hehehe tapi alhamdulillah Ujian Maths dia dapat 100%, BM still got A.

Tapi yang lebih mengejutkan aku ialah...Kakak ....... anak aku yg ni IQ dia ada sedikit kelemahan.... memandangkan dia dulu pernah sakit waktu baby. n aku selalu kategori dia sebagai anak istimewa laaa sebab kekurangan dia tu...so selalunyer result yg dia dapat ala2 cukup makan, atas pagar kekadang merah terus. Tapi tu la ...aku ni kekadang marah je la kat dia...tapi aku tak paksa anak aku tu untuk score A. Cuma apa yang aku wat, sesapa dari mereka yg dapat A dalam any subject will get presents from mummy. So normally la Angah n Nana je la yg dapat. Tapi tak bermakna aku tak sayang kakak. cuma itu je lesson aku nak bagi kat dia supaya lebih tekun. Malah aku ada cakap ngan kakak.. "kak, mummy tak harap kakak dapat semua A pun, kalau dapat itu bonus utk mummy, asal kakak lulus semua at least dapat B pun dah syukur....mummy tau kakak tak larat nak kejar A sekarang."...
Korang nak tau ...... result yang dia dapat...cam biasa la Agama dapat B, English dapat C, Maths pulak hancus hehehe dapat merah ....BM tak tau lagi....Yang lebih mengejutkan aku Science dia dapat ...........90% A1.......!!!!!
Mula la aku pening memikirkan sama ada betul ke dia dapat markah tu atau dia tiru atau cikgu yg bagi jawapan free free kat dia???? Aku soal selikdik kat semua orang. huhu... bukan kes tak caya kat anak tau tapi sebab nak tau betul ke tidak dia sendiri yang buat. Sampai adik aku yg satu sekolah ngan anak aku tu cakap ... betul la kaksu...syasya yang buat sendiri sebab cikgu sains dia tu cikgu Ta (adik) dulu. dia memang bagus mengajar. Ta pun dulu dapat A lam sains. Dia garang tapi sayang anak murid.....
Fuhhhh legaaaaa rasa nya..... ALhamdulillah.... Nak tau itulah satu satunyer subjek yang dia suka belajar n baca... pastu tak sabar2 nak tunjuk result kat aku petang tu. hehehe tapi ok janji tetap janji ...nanti mummy belikan present k. To keep you always semangat nak belajar.


Wednesday, March 10, 2010

Soal Jawab Histeria.....



S: Bagaimana histeria berlaku dan mengapa?
J: Histeria boleh berlaku atas dua faktor iaitu disebabkan tekanan dan gangguan. Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.



S: Kebelakangan ini banyak kes histeria berlaku di sekolah, apa puncanya?
J: Satu sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas ‘kediamannya’ dirampas manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan. Sebab itu sekolah baru buka kerap berlaku histeria.Selain itu, mungkin ada pelajar ‘mengganggu’ tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh menyebabkan kemarahan jin.Boleh jadi juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan ‘kenakalan’ pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu ‘menyerang’ (berlakunya histeria).Namun histeria sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak kira di mana. Jika jin diganggu, mereka membalas semula. Kes yang banyak berlaku di sekolah sekarang mungkin hanya kebetulan.

S: Bagaimana jin memasuki tubuh manusia dan ke mana tujunya?
J: Jin boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara, sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Ia makhluk halus, tidak berjasad dan mudah berbuat demikian.Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.Ada yang dirasuk boleh bercakap dalam bahasa Thailand atau Indonesia kerana ia pelbagai jenis dan bangsa, sama seperti manusia.Misalnya, jika jin tua masuk ke badan, mangsa berkelakuan seperti orang tua, bongkok. Perlu diingat, jin ini tidak mati sehingga hari kiamat.



S: Bagaimana serangan jin boleh menyebabkan histeria ini?
J: Jin menyerang manusia dalam keadaan tak sedar dan sukar dikawal. Serangan memang dahsyat kerana dia memperalatkan tubuh manusia. Ada berlaku, pelajar menggigit jari sampai berdarah kemudian menghirup darah sendiri. Sebenarnya yang menghirup darah itu jin, bukan pelajar. Jin cuma mempergunakan tubuh pelajar tadi.Ada juga mangsa yang boleh berkelakuan luar biasa seperti menumbuk dengan kuat, sedangkan yang dirasuk jin itu adalah wanita.



S: Mengapa apabila berlaku serangan histeria, ia mudah berjangkit kepada orang lain?
J: Memang jin boleh berjangkit selepas menyerang manusia. Ia pantas, malah boleh diibaratkan sama seperti cahaya. Dalam sekelip mata, ia boleh menyerang ramai orang.



S: Bolehkah histeria mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada mangsa, terutama pelajar?
J: Ya... kerana histeria ini menyerang otak dan fikiran manusia. Ia sama dengan simptom dialami orang gila iaitu hilang ingatan.
Bezanya, histeria akan pulih jika jin dapat dikeluarkan dari tubuh badan. Tidak seperti penyakit gila yang mungkin berlanjutan jika kerosakan sel otak yang dialami pesakit tidak dapat dirawat. Namun jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin ‘dirosakkan’ makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.

S: Apakah tanda seseorang itu diserang histeria?
J: Tangan menggeletar dan sejuk. Dia juga seperti dalam fantasi, mungkin terdengar bunyi air, desiran angin atau loceng yang sayup kedengaran.Ia boleh dirasai. Selepas jin ada pada tubuh, mangsanya melihat dunia ini gelap, kepalanya bergoyang dan tubuh menggeletar.


S: Adakah benar mangsa yang dirasuk boleh melihat makhluk halus?
J: Ya... tetapi ia berlaku sekali imbas saja dan ia tampil dalam pelbagai rupa dan bentuk menakutkan. Ada juga yang menyerupai objek seperti ular. Jika ada pengakuan menyatakan ia melihat makhluk aneh, ia bukan ilusi tapi memang benar kerana Allah SWT membuka sedikit ruang untuk melihatnya.



S: Mengapa wanita sering jadi sasaran atau mangsa histeria?
J: Wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki. Apatah lagi dalam keadaan tertentu, wanita memang lemah seperti ketika haid, mengandung atau berpantang. Begitupun lelaki juga tidak terkecuali, ada yang kena jika tidak kuat semangat.



S: Bagaimana cara atau kaedah untuk mengelak menjadi mangsa?
J: Berpegang teguh dengan ajaran Allah SWT adalah langkah terbaik. Jin sebenarnya boleh mengetahui kekuatan roh seseorang, sama ada memiliki cahaya (iman) atau tidak. Jika kuat dengan amal ibadat, dia tidak suka mendekati.Namun antara amalan yang boleh dilakukan ialah baca ayat Kursi selain doa. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Barang siapa membaca ayat Kursi ketika di tempat pembaringan (tidur), Allah SWT menghantar dua malaikat untuk menjaganya hingga waktu subuh.”



S: Adakah wajar kita membuat perjanjian dengan jin untuk menghindarkan gangguan histeria ini sehingga perlu mematuhi syarat tertentu?
J: Itu tidak boleh. Jika letak syarat, ia menampakkan kita lemah, malah syirik. Memang ada ‘tawar-menawar’, tetapi jangan letak syarat. Dalam satu kes, jin pernah minta tempoh seminggu untuk berpindah dari situ tempat dan tidak salah membenarkan. Barangkali mungkin jin itu hendak berkemas sebelum beredar tetapi selepas seminggu, pastikan mereka tiada.Dalam tempoh itu jin tidak mengganggu lagi, jika adapun sekadar gangguan kecil seperti terdengar orang mandi, suara ganjil atau kelibat seseorang.

S: Benarkah makhluk halus ini boleh dipindahkan beramai-ramai menggunakan kenderaan?
J: Jin boleh diibaratkan pergerakannya sama seperti cahaya, pantas dan laju. Jika kita menggunakan kenderaan untuk memindahkan mereka ke tempat lain yang mengambil masa beberapa jam perjalanan, selepas tiba, mereka kembali semula ke tempat asal hanya dalam beberapa minit atau saat saja, jadi bagaimana? Bagi saya, ini tidak logik dan menyukarkan.


S: Ada pihak ‘memagar’ tempat tertentu seperti sekolah atau bangunan untuk menghalau gangguan makhluk halus, apa pandangan Datuk?
J: Pada saya tidak salah, namun wujud kebimbangan. Malah ada yang memagar dengan bantuan jin juga dan ini bahaya, tidak mustahil jin ini boleh mengganggu tempat itu. Sebaik-baiknya kembali kepada ajaran Islam, gunakan ayat al-Quran.



S: Bagaimana pula kes mereka yang diserang histeria dan selepas dirawat, diserang kembali?
J: Apabila seseorang itu diserang histeria, ‘laluannya’ sudah ada. Sebagai contoh, apabila masuk ke hutan, kita membuat lorong dan jika hendak masuk kali kedua, kita guna lorong sama. Begitu juga dengan jin, namun lorong itu perlu ditutup dengan cara memperbanyakkan amalan.



S: Apakah jenis-jenis jin?
J: Seperti manusia, jin ada pelbagai jenis dan taraf. Ada jantan dan betina; Islam atau kafir. Makanannya nasi, darah, malah ada yang tidak makan. Ada juga terbang di udara dan melata di bumi. Tempat kotor seperti kawasan penyembelihan paling disukai. Makhluk ini tidak mati sehingga hari kiamat dan mereka sudah berjanji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.






TIP ELAK HISTERIA.......

TIPS BERGUNA NI AKU KONGSIKAN BERSAMA ANDA SEMUA... (PETIKAN DARI WEB TENTANG HISTERIA OLEH USTAZ HARON DIN)

Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.
Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.
Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.
Demikian saranan Dato' Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria.
Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.
"Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
"Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula.
"Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu.
'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain
Ini menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.
"Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.
Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."
Apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.

Jangan tinggal solat
"Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya,"
Sehubungan itu, dinasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.
Mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Seperti manusia, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong.

"Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis,
- wallahualam)

Monday, March 8, 2010

Histeria......3

Histeria .......2

sambungan .........


Jumaat ..penghulu hari.....jatuhnyer hari Kiamat......

Jagalah Solat......untuk hindari syaitan yg cuba memburu ........


kes semalam yg mangsa histeria balik ke rumah tidak terhenti di situ saja.... Cuma aku tak pasti le kesahihan cerita dari rakan student yg lain sebab tak nampak depan mata kan...... Ada sorang student nursing Junior laaa..... g tau kami..budak tu jadi balik time bawak balik ke rumah tu....tgh2 malam tu dorang pakat call warden hostel mintak tolong...sorang lagi rakan mereka pulak yg kena..berjangkit?????...aku terfikir balik....zaman aku kecik dulu aku pernah tonton Majalah 3 kes histeria di sebuah sekolah agama. Bila wartawan interview budak tu (mangsa histeria) tanyakan padanyer apa yg dia nampak...budak tu kata dia nampak mata merahhh marah kat dia...nampak lembaga hodoh ...tup tup dia kejang kat situ terus lolong nangis .....pastu dia meronta2....memang aku tgk kat tv. tapi sudah cukup wat aku takut melihat situasi kelam kabut camtu. pastu datang lak ustaz tenang kan dia, baca selawat, ayat kursi dan macam 2 ayat lain. dia menangis2 menjerit2.....pastu tetiba rakan sebelah lak yg kena....memang wartawan M3 tu kata ini bukan satu perbuatan yg sengaja dilakonkan semula...tapi memang benar2 kejadian. Jadi di situ aku dapat buat rumusan rasukan histeria mungkin boleh berjangkit kepada mangsa lain yg lemah semangat atau pun mangsa lain yg stress.

Berbalik cerita budak kolej aku tu...parents dia sampai jam 11 mlm lebih. huhuhu ada pulak suara nakal g tau..malam ni malam jumaat...setan bersepah... Kurang ajar betul mulut longkang tu...tak tau le anak sapa..hehhehe (student aku gak tu).... bertungkus lumus parent mangsa tu pulihkan balik mangsa...tapi aku tak pasti le jadi ke idak. Sebab kata student ni ada ketika nyer mangsa seperti berontak melawan balik , serang balik ngan sepak sesapa yg pegang dia...tak terkecuali abg mangsa? Ntah ye ntah idak..sebab aku takde kat situ...yg pasti dorang akan tetap bawak budak tu kuar dari umah tu (hostel ) secepat yg mungkin dan bawak berubat ke darus syiffa...alhamdulillah.....


Tapi pagi tadi (Isnin...8/03/2010) aku dgr citer yg kurang enak dari seseorang.....mengatakan ada sorang rakan yg menolong utk memulihkan si mangsa tu dapati si mangsa tu cuma alami stress kronik....dia bukan kena attack histeria....dia lakon seolah2 kena histeria sebab stress kronik yg tak dapat diungkai oleh sesapa pun. Sebelum tu ada gak budak junior nursing g tau aku..ntah2 dia tu stress je KAK...sebab biler stress dia leh jerit....

Entah le..sebab bila dalam keadaan stress ..pastu jerit..setan seronok utk huni badan mangsa. bertepuk sorak menang sebab dah berjaya takluk mangsa dengan sekali cuba sahaja..... Andaikata budak tu betul berlakon Histeria memang aku orang pertama akan maki hamun dia......sebab kan lakonan tu semua jadi susah hati. Mintak diampunkan la budak tu Ya Tuhan.....

Dalam keadaan camtu aku cari beberapa faktor penyebab histeria ...masalah yg belum dapat dirungkai lagi........ even selalu nyer kita nampak pompuan je yg kena attack kan...tapi sebenarnye orang laki juga tidak terkecuali.....

gambar contoh yg aku dapat ...student laki yg kena histeria di bawak ke surau berhampiran