Blogger Templates

Sunday, April 12, 2009

BOOK FAIR...17 APRIL

BOOK FAIR datang lagi ......

Seronoknyerrrrrr......x sabar-sabar aku nak kunjung PWTC buat kali yang ke berapa aku tak ingat. Tapi setiap kali ada book fair pasti aku tak ketinggalan untuk berkunjung ke sana.
Kerana apa....yer kerana buku. AKu pencinta BUKU. AKu boleh dok sana berjam jam belek buku, baca buku, beli buku. Orang kata Book maniac yer...ntah le aku pun tak pasti apa gelaran yang dorang selalu gelarkan kat aku. AKu gilerkan semua bahan bacaan. Tak kisahla sama ada buku misteri , fiksyen, fesyen, cinta, ekspidisi ke apa ke suma aku baca. TAk kisah la novel melayu ataupun novel english aku baca. TAk kisahla bentuk apa sama ada majalah ke hardcover ke suma kau baca. Yang penting BACA.
Koleksi novel saja aku ada lebih kurang 300 koleksi, sejak aku kecil dari sek rendah lagi aku suka baca buku cerita. TApi peliknyer aku tak suka baca buku teks. heheheh. Sebab teks adalah FAKTA bukan imaginasi. Itu yang aku tak suka. PENCINTA BUKU seperti aku suka membayangkan situasi penulis buku. Malah ada ketika aku membayangkan watak dalam novel tu adalah aku. heheheh. Aku kira bernasib baik kot sebab sejak kecil papa ku selalu saja beli bahan bacaan untuk aku. Dari novel siri penyiasatan Enid Blyton, Nancy Drew, Hardy Boys semuanyer menjadi koleksi aku sekarang. Tapi aku rasa carila buku ni di mana2 pasti susah untuk dapatkan nyer sekarang. Even Majalah kanak2 BAMBINO dulu setiap bulan pasti bahan bacaan tu jadi santapan aku selain dari KUNTUM, Dewan Pelajar dan Dewan Siswa. Malah bukan untuk aku seorang saja , Mama aku juga akan dapat habuan bahan bacaan seperti majalah JELITA n KELUARGA. Setiap bulan ada saja bahan bacaan yang dibeli untuk kami. Disebabkan suka membaca la aku pernah dapat anugerah pelajar yang banyak membaca buku cerita di sekolah. Hadiah yang aku dapat pun sebuah buku cerita . Tamat belajar aku simpan sendiri koleksi buku yang aku beli sendiri, bermula dengan koleksi CREATIVE ENTERPRISE yang aku suka beli kat The Mall dulu. La ni takde dah kedai tu. Kalau tak aku ni la regular customer dorang tiap-tiap minggu datang beli. Bukan 1 tapi 10 buah novel.
Tapi itula ...aku yang letih membeli ada pulak hamba allah ni yg reti meminjam tapi tak reti nak pulangkan buku aku. Banyak gak koleksi aku yang hilang. Hilang kat tangan org yang meminjam tu la. Bukannyer orang lain tapi MAkcik aku sendiri. Ntah apa pelik benor manusia ni ek....beli je la buku kalau dah tau suka baca. Ni tak tau nak ambik harta org je. Sampai satu ketika aku tak bagi dah org meminjam buku aku. Siap aku labelkan buku2 aku tu. CAm kat library. Aku sendiri yang wat sistem tu so senang sapa nak pinjam ada due date kena pulangkan. So sendiri mau ingat arrr...
Sejak lepas kawin suami aku dah tau hobi n cinta aku iaitu BUKU. So setiap kali ada book fair pasti saja dia akan bawak kami anak beranak g sana untuk beli buku. Mustahil siapa yang pegi book fair tak beli buku even untuk sebuah. Ataupun takat beli majalah lama UJANG pasti akan ada org yg membeli. Sekarang aku tengah nak mengumpul koleksi enid blyton versi english lak. AKu terpaksa cari kat kedai2 buku 2nd hand. Susah sikit nak cari tapi ada la gak. Sekarang ni GILER membaca buku cerita ni tumpah pulak kat anak aku no. 3 (NANA). Dia suka buku. TAk kira la buku apa pun nana tetap akan paksa aku beli kan untuk dia. Koleksi pertama yang dia ada koleksi princess barbie. Barangkali buku tersebut penuh dengan warna warni. Disebabkan hobi NANA dengan buku maka kakak2 and adik laki dia mula berjinak dengan buku jugak. Sekarang ni koleksi buku kanak2 yang mereka ada (Mummy dorang gak yg giler membeli) dah capai 100 buah. Rekod tu bagi kanak seusia dorang . Mungkin ada org lain yg dah lebih dari 100 buah tapi bagi aku bukannyer kuantiti buku tu tapi bagi aku cukup takat anak aku dah mula cintakan buku dah cukup alhamdulillah.
So ....untuk book fair yang akan datang ni aku dah spend rm300 untuk buku2 yang aku nak beli.
Aku rasa nak tambah koleksi ramlee awang murshid lak , damya hana, fauziah ashaari dan aliya sofea. Insyaallah.....

Gaji ku lambatttt......

Bahang ekonomi yang tidak menentu sejak akhir-akhir ni bukan saja org lain terasa panasnyer tapi aku sendiri pun terasa gak walaupun panasnyer takde la sampai membakar seluruh badan aku ni.
Pada awalnyer aku sangkakan hanya ekonomi global yang panas..rupernyer kat kolej aku pun sama. Cuma kami kat sini masih bernasib baik ....walaupun gaji lambat tapi tetap diberi gaji buat masa ni la kot. tak tau le pulak kemudian hari nanti. Bulan ni saja kami semua terpaksa tunggu sehingga 10hb baru diberi gaji. Pasti ada staff lain yang panas hati, panas punggung disebabkan gaji lambat cuma aku masih bersabar n bersabar . heheheh... sebabnyer aku ada side income yang akan cover kehidupan kami sekeluarga. Insyaallah... Amin.
Side income....ye betul side income tu perlu bagi yang memiliki keluarga yang besar, hutang yang besar, heheheh. Setidak-tidaknyer membantu meringankan beban yang digalas tu sikit. Aku enjoy in life tapi dalam masa yang sama aku tak perlu pening mana aku nak cekau duit nak bayar itu ini. Cuma-nyer fitrah manusia....dah namanyer GAJI ...dah tentu nak merasa gak kan.
Aku sendiri kalau bab dapat gaji aku hanya spend duit tu untuk kehendak aku sendiri. Kalau aku rasa nak beli barangan yg aku rasa nak contohnyer buku cerita, barangan tupperware memandangkan aku dealer dan macam macam lagi la ...dengan gaji aku tu je la aku spend. Keperluan rumahtangga aku sumanyer diuruskan suami aku. Al-hamdulillah.... Dulu kami terpaksa kongsi duit untuk melengkap kan bayaran itu ini. TApi kini tak perlu sebab semua tu akan diuruskan sepenuhnyer suami aku.
Kepada sesiapa yang rasa nak kongsi side income yang kami buat , aku alu alukan ym aku kat ixorasue@yahoo.com.

Tuesday, April 7, 2009

DOSA........(Suatu iktibar untuk renungan)

Assalamualaikum.....
Berbicara tentang dosa......teringat satu cerita ku kutip dari kisah Al-Quran. Moga menjadi pengajaran untuk kita semua. Amin...

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA (Suatu Iktibar untuk renungan)
Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.
Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "waalaikum salam , Silakan masuk".
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik itu.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun terpatah bercerita lah,
"Saya... telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... tewas," ucap wanita itu seraya menangis teresak-resak.
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, keluar kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata nya karena jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk- antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
"Ada!" jawab Jibril dengan tegas.
"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.
"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah- olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.
================ Kutipan Al-Qur'an ================
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya, yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-hujuraat 49:6) Wassalam