Blogger Templates

Tuesday, June 2, 2009

SEDIH LA.....

Aku tak tau nak mulakan macam mana la story ni...
Sebelum ni aku ada tempat nak ngadu masalah aku iaitu sahabat baik aku...tapi dia dah tak kerja kat kolej ni lagi dah.
Member lain ada tapi aku tak berapa kenan nak ngadu kat dorang. hehehhe sebab ..ntahla...mungkin sebab aku tak berapa kamcing sangat ngan org lain kot.
So...solution nyer ialah....heheheh ngadu kat blog je laaa....dengan harapan release sikit ke'tension' an aku ni ......
Minggu depan patutnyer aku nak bercuti ke kampung halaman aku kat utara. Ada kenduri sepupu aku. 2 orang sekali gus lak tu. Plan utk balik kg tu dah aku buat 3 bulan lebih awal so dengan harapan tidak akan ada jadual lain yang bertindih ngan jadual aku.
Aku dah maklumkan kat hubby aku, so tolonglaaaa ingat tarikh tuuu. tetiba time dia call mak dia kat kg inform nak hantar anak bercuti kat kg alih-alih dia leh lak confirm jadual dia hari ahad tu free. Mak dia ada ajak g family holiday sempena harijadi adik bongsu dia kat PD. Aku terus tergamam. Sedangkan tarikh tersebut aku dah set nak balik kg aku. Sebab dah berjanji ngan sedara sepupu sepapat termasuk ngan family aku yg aku akan balik kg utk raikan kenduri sepupu aku tu. Tapi ..now.....canner?????
Aku ni di ibaratkan ditelan mati emak...diluah mati bapak...(betul ke aku taip ni)... mana satu aku nak ikut. Biler aku berkeras cakap dah berjanji ngan org kampung aku....nanti family hubby aku lak cakap kata aku control laki...sampai laki sendiri ikutttttt je cakap bini. AKu tak suka la camtu!!!!! Dalam masa yg sama nanti hubby aku pun akan cakap camtu konon dia selalu sangat lebihkan family aku jeeee.
Biler aku ikut family dia lak.......nanti org kampung aku cakap ...kan dah janji kata nak balik????? Aduhhh!!!!!!! susah la jadi cam aku ni.
Benda kecik camni pun leh wat kami laki bini bertekak sikit tau..... Ye la dah tentu dalam hati dia nak ikut family dia , walaupun dia tak terfikir yang aku ni tak bersetuju sebab kan aku dah set jadual percutian kami anak beranak nak balik ke utara n then on the way balik kl kami transit lak kat lumut rumah mak sedara aku then terus ke pangkor. So jadual aku dah pack dengan aktiviti. Apatah lagi aku sendiri dah apply cuti 2 hari bekerja utk realisasikan percutian family aku.
Now........semuanyer tergendala...gara-gara jadual bertindih. Dua2 laki bini ni dah tentu sakit hati n tensen.....At last hubby aku cakap xper la balik je kampung ayang lagipun dah janji kan ...So PD takyah. Tapi nada dia cam apa ntah...tak tau le nak cakap. HAti aku lak sakit...sebab situation dia sekarang ni mana satu dia nak ikut. CAkap bini dia ke cakap mak dia ke.
Sedangkan family day to adik bongsu dia yg buat. bukan mak dia yang buat. So adik dia yang support mak dia , bukan nak support kami. hehehhe. Adik dia yg ajak mak n kakak dia, tapi takde pun ajak aku...hehehhe. Konon adik dia dah sewa challet utk bercuti.... tapi untuk sapa challet tu, berapa byk challet dia sewakan ??? Semua tu aku soal, sebab kalau betul la dia ajak dah tentu dia call bincang ngan hubby aku, bagitau sekian sekian sekian.....tapi aku rasa xde, apatah lagi bende kecik n remeh pun aku soal, bukan la aku ni nak berkira . tak kisah pun untuk aku keluarkan duit poket tapi bab kecil seperti siapa yg nak support duit minyak n tol kalau g PD????? Walhal aku leh support laki semua tu.

Sebab memandangkan adik dia tak de pun sebut tu maknanyer sendiri kena support la kan, so bab tu aku tak kisah le sangat tapi dah namanyer ko ajak orang utk raikan besday ko patutnyer ko sendiri kena ingat bab remeh tu. Takkan ko nak paksa org celebrate besday ko kat tempat jauh2 pakai duit sendiri then sampai sana semua monyok...ye la kos beb, kos!!!!

Plan tak bincang adik beradik. Memang lain sangat ngan cara family aku. Patutnyer ko kena bincang ngan semua adik beradik biler nak pegi, sapa nak kuarkan kos utk ni sapa yg nak support minyak sapa yg nak support makan minum. semua tu ko kena plan betul2 supaya takde adik beradik yg lain kecik hati!!!!! Bayangkanlaaaa kami g jugak tolak la duit minyak n tol sebab sendiri support. dok lak dalam satu je challet campur lak kami anak beranak ada enam orang campur lak ngan family kakak ipar aku 6 gak campur lak adik ipar aku yg ajak tu n mak bapak mertua aku dah 3 orang campur lak lagi adik ipar duai yg lain yang dia ajak tu ????? dah berapa ramai nak disumbatkan dalam challet tu???????? Pastu bising ngadu konon tak tahan la ....ramai sangat la, kecoh laaaa......dah le anak2 aku semua tahap nakal nyer ya alllahhhh...boleh tahan jugak. Sendiri mau ingat laaaa kan.
Lain sungguh ngan family aku. Family aku kalau dah plan nak bercuti ke mana mana pun akan bincang ngan kami semua. Apatah lagi bincang pasal duit poket. Dah banyak kali father aku support aku n hubby join percutian dorang. Kalau agak2 aku rasa takleh nak join father n mother aku siap pinjam anak2 aku utk bawak sekali lam percutian dorang. Malah berkongsi satu kereta !!!!!! WAlhal kereta father aku tu VOLVO je. TAklaaaa besar mana pun . Seat belakang kalau ikut leh muat hanya untuk 4 orang tapi disebab kan kasih kepada kami anak2 father tetap bawak .
Yang ni belum lagi nak g tapi dah sound nanti dorang transit anak2 aku kat Jejantas Sg buluh tu so kami kena bawak keta lagi satu. Tak muat. Huh!!!!! dah le pakai keta UNSER apa hal lak tak muat.
Now aku malas dah nak pikir banyak2. So solution aku senang je. Aku cancell dua dua sekali. DOk umah sendiri, masak kemas, makan, tido. So dua dua puas hati.